ALLAH IS ENOUGH FOR ME



Dear Allah,

I feel sadness again today...
coz here I am, meshing up the garden again...

I try to talk about you like a crazy woman in love again...
but... they don't understand...
if they do... they don't really like to hear

Dear Allah...
I feel so secure and save with You
My heart is bleeding in misery(sting) of missing You every minutes
I whisper(bisikan) Your Name in every single breath(nafas) I took....

I can't help it...
I can't hold my tongue from saying Your Greatness to me....

I feel bad when I talk about You and no one listen...
I feel so bad that those people will think that I am a hypocrite....

I am so afraid...if I've done something wrong to You......

I am so into You... and so few people can understand....

Dear Allah,
when they start to stop hearing me...
I go quite... and locked my self inside my little garden...

I better be alone to always whispering Your name...
I like it better when I cry because of You
I like it a lot when I wrote things about You...

Here I am, trying to be with You always...

Is there any word "Too Much!" on loving You??
If there is... Please forgive me, for I don't want to make You Mad....
If there is none, Please let me sink in this ocean of Loving You.....

Is it wrong dear Allah if I love You too much??
Is it wrong??

I can't help it to feel this way...
because I am so attached to You...
I need You more than the air I breath
I can't smile if I don't feel Your Greatness in me

Dear Allah....
If some one in love with a man,
they so proudly declare their love to the whole world!!
they will so excited to speak their feeling out loud...

but...
should I keep the urge inside my heart,
because the one I fall in love with is You???

if they could shout out loud about their love...why couldn't I???
just because the one I fall for is YOU...

Dear Allah....
You Have Promise me Heaven...
and my Heaven is Only YOU!!!

You warn me with Hell...
and my Hell is Without YOU!!!

Dear Allah...
My life is my devotion to You
My Heaven is You
My Hell is without You

am I being too much???

LAA ILLAAHA ILLAA ANTA SUBHANAKA INNII KUNTU MINAZZOOLIMIIN

10 PERKARA SIA-SIA



Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib
sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid
itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan
salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi
dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama,
tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu
pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan
tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak
diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

IBU BAPA DERHAKA KEPADA ANAK-ANAK?





Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 

Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

Bukan anak sahaja yang menderhaka kepada ibu bapa.
Ada juga ibu bapa yang menderhaka kepada anak-anak mereka.

Jarang sekali kita berbicara mengenai isu ibu bapa yang derhaka terhadap anaknya. Mungkin tidak pernah didengari pun sebelum ini. Istilah derhaka itu pada kebiasaanya dikhaskan untuk derhaka pada orang tua, derhaka pada guru.

Sedarkah kita bahawa seorang anak itu mempunyai hak terhadap orang tuanya.
Apabila hak anak tersebut tidak dipenuhi ibu bapa maka terjadilah istilah ibu bapa menderhaka kepada anak-anak.

Hak yang dibicarakan di sini bukanlah hak seorang anak mahu ibu bapa membelikan barang-barang keperluan, makanan sedap-sedap, pakaian cantik agar boleh digayakan kepada kawan-kawan dan membuat mereka dengki.

Itu semua anak-anak yang dimanjakan dengan kemewahan duniawi sedangkan anak-anak sepatutnya dimanjakan dengan ilmu akhirat, keindahan alunan bacaan Al-Quran,kemanisan zikir pujian-pujian kepada Allah.

Tapi apa yang kita nampak sekarang?
Anak-anak membesar dengan lagu-lagu duniawi,majalah fesyen,artis,movie dan rancangan tv yang jauh terpesong dari gaya hidup Islam.

Kerana inilah selalu kita dengar,masalah sosial remaja itu berpunca dari ibu bapa.
Tapi apakan daya ibu bapa? 

Dunia sekarang menuntut wang. Wang itu segala-galanya untuk menyara anak,membesarkan anak,memewahkan anak,sehingga terabai kemewahan akhirat.
Itulah alasan ibu bapa.

Ramai ibu bapa berjaya dalam kerjaya tapi tidak dalam memimpin anak-anak.

Sedarkah ibu bapa akan hakikat kepentingan membesarkan anak-anak?

Ibn Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Sesiapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya di dunia ini, maka Allah akan membongkar cacat-celanya pada hari kiamat di hadapan para saksi sebagai balasan yang setimpal."

APABILA KITA SYOK SENDIRI




Kadang-kadang bila kita tolong kawan,kita ingat kita adalah kawan dunia dan akhirat,padahal dalam hati penuh rasa tidak puas hati.

Kadang-kadang bila kita bersabar dengan kerenah kawan,kita fikir kita lah yang paling banyak bersabar,padahal kerenah kita dengan kawan-kawan lagi banyak.

Kadang-kadang bila kita mengajak kawan tunaikan solat,kita rasa kita lah pewaris nabi,padahal solat subuh kita pun tidak terjaga.

Kadang-kadang bila kita jaga hubungan dengan Allah,kita rasa kita sudah layak masuk syurga,padahal hubungan sesama manusia tidak terjaga.

Kadang-kadang bila kita tolong ibu bapa kita,kita rasa kita adalah anak soleh,padahal jaga ibu bapa itu adalah tanggungjawab asas seorang anak.


Kadang-kadang bila kita menjaga pandangan,kita rasa kita lah manusia yang paling suci,padahal dalam fikiran kita lebih dari perempuan bog*l dibayang.

Kadang-kadang bila kita study teruk-teruk dan jaga solat tapi result kita masih teruk,kita fikir Allah tidak tunaikan janji Nya,padahal kita hanya mengingati Nya ketika exam sahaja.

Kadang-kadang bila kita menulis artikel keagamaan,kita rasa kita sudah jalankan tanggungjawab berdakwah,padahal entah betul entah tidak artikel yang ditulis.

Kadang-kadang bila kita ikut program agama,kita rasa kita lah yang paling baik,padahal baru sekali dua kita ikut.

Kadang-kadang bila kita diuji,kita rasa kita lah manusia yang paling malang,padahal ada si fakir miskin yang makan 1 minggu sekali tetap bersyukur dan redha dengan Allah.

Kadang-kadang bila kita bersedeqah,kita rasa kita lah manusia yang paling dermawan,padahal kita hanya menderma RM1 dari biasiswa yang kita dapat.

Kadang-kadang bila kita baca al-quran,kita rasa kita sudah berinteraksi dengan Allah,padahal sepatah haram pun kita tidak faham.

Kadang-kadang bila kita bangun qiamullail tatkala kawan yang lain sedang nyenyak tidur,kita fikir kita lah yang paling rapat dengan Allah,padahal baru sekali kita bangun qiamullail.

Kadang-kadang bila kita menangis ketika solat,kita fikir kita lah yang paling kusyuk,padahal tangisan kita itu telah pun melalaikan kita dari mengingati Allah.

Kadang-kadang bila kita berpuasa sunat Isnin-Khamis,kita rasa kita lah yang paling soleh,padahal kita tidak sedar kita ujub.

Kadang-kadang bila kita jaga solat berjemaah di Masjid,kita rasa kita sudah dijamin masuk syurga,padahal wudhu’ dan hukum-hakam tentang solat entah ke mana.

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

10 WASIAT IMAM SYAFIE





Mari kita bersama merenungi 10 wasiat Imam Syafie. Semoga ia memberi manfaat kepada kita dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini.

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.
" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW) 

MAUT YANG SEMAKIN MENGHAMPIRI




Secebis wasiat luqmanul hakim kepada anaknya, untuk renungan kita semua.
“Wahai anakku, kalau engkau meragui benarnya mati itu, maka janganlah kamu tidur. (Namun)Seperti mana engkau akan tertidur(juga akhirnya kerana terlalu mengantuk), maka demikian jugalah dengan kematian. Dan apabila engkau meragui pula hari kebangkitan, maka janganlah(sekali-kali) engkau cuba bangun dari tidurmu(namun nescaya engkau akan terjaga juga daripada tidurmu), maka demikianlah juga dengan hari kebangkitan. Kamu akan dibangkitkan selepas kematian.”

Kematian itu pasti. Hari kebangkitan itu juga pasti. Kata ulama’, orang yang bijaksana itu ialah mereka yang mengejar kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak, bukan mereka yang terpedaya dengan keindahan hidup di dunia yang sementara. Berita kematian dari hari ke hari semakin banyak. Saya pasti anda yang mendengarnya juga begitu. Terasa maut terlalu hampir dengan kita.

Hutang masih ada yang belum dilangsaikan.

Janji-janji dengan Allah banyak yang belum tertunai.

Dosa-dosa semalam yang seluas lautan, belum lagi terampun.

Hubungan dengan sahabat dan orang sekeliling, banyak yang tak terjaga.

Hati-hati yang pernah dilukai, banyak lagi yang tidak dimaafkan.

Amanah yang dipertanggungjawabkan, banyak yang belum terlaksana.

Mampukah kita menjejaki syurgaNya? Yang didalamnya punya bidadari-bidadari cantik dan wildan-wildan yang handsome. Yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Yang terlalu indah sehingga tidak terjangkau oleh akal kita untuk membayangkannya.
“Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan piala berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir.”(al-Waqiah : 17 & 18)
Buruk dan hinanya neraka jika itulah tempat untuk kita nanti. Yang dihidangkan dengan azab-azab yang tidak terperi kesakitannya. Panas, makanan yang berduri, busuk. Cukup hina untuk insan-insan yang terpedaya dengan hawa nafsu dan tipu daya syaitan sewaktu di dunia.

Pilihan itu di tangan kita sebenarnya. Sama ada untuk taat dan beramal atau mengingkari perintahNya. Oleh itu, Perbanyakkanlah zikir dan istighfar kita. Semoga dosa-dosa yang menggunung itu diampuniNya. Usah ditangguh-tangguh untuk bertaubat. Ditakuti maut mendahului kita. Berbuat baiklah kepada ibubapa, dan orang-orang disekeliling kita. Bersungguh-sungguhlah melakukan sesuatu perkara, kerana mungkin itulah amalan terakhir kita. Sesungguhnya ajal memang tidak mengenal usia.

Ya ALLAH  ya tuhan ku,
kau ampunilah dosa-dosaku,
kau ampunilah dosa-dosa ibu bapaku,
kau ampunilah dosa-dosa seluruh keluargaku,
kau ampunilah dosa-dosa kawan-kawanku,
kau ampunilah dosa-dosa saudara maraku,
kau ampunilah dosa-dosa seluruh umat islam.
sesungguhnya hambaMu ini insan yang paling hina disampingMu.

  Ya Rabbi…
Bimbing diri ini menuju cintaMu, menggapai mahligai mahabbah RasulMu
Jadikan getar-getar kerinduan ini terpatri dalam diri siapapun yang mampu menitiskannya dalam jalan dakwahMu…

Ya Rabbi…
Satukan hati kami dalam ikatan hati, jalinan ukhuwah dalam jalan dakwah ini. Saling mengingatkan, saling menasihati, dan saling menguatkan. Sesungguhnya kami adalah bersaudara
Lembutkan hati-hati kami hingga kami selalu peka dengan keadaan saudara-saudara seiman kami…

Ya Fatah...
Kuatkan iman kami hingga kami semakin mantap dalam menjalani amanah dakwah yang dipercayakan pada kami…
Tetapkan hati kami hingga kami tak mudah goyah oleh rintangan dan dugaan yang datang,
Dan tak mudah terbawa rayuan-rayuan manis yang ingin menghancurkan dan memisahkan kami dari dakwah fisabilillah…
kurniakanlah kami syafaatMu..

Ya Allah…
Jika jalan ini adalah jalan yang benar-benar kau redhai
Maka, jagalah kami untuk terus berada pada perjuangan di jalan dakwahMu ini
Lindungi kami dari kelemahan dan kealpaan kami..
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Amin ya Rabbal Alamin..

SAYA MAHU MASUK SYURGA BERSAMA KAMU 'SAHABAT'

Artikel ini ditulis sewaktu saya sangat rindukan sahabat-sahabat saya. Saya rindukan mereka yang telah pergi jauh dari saya untuk menuntut ilmu, mencari kehidupan dan masa depan yang terbaik untuk diri masing-masing. Mengenang mereka, membuatkan saya teringat pada kamu semua.

Alangkah indahnya jika kita dapat sama-sama melangkah dan memimpin tangan satu dengan yang lain sambil memasuki syurga Allah SWT. Akhirnya, saya temui juga faktor yang sangat kuat untuk hati ini menyeru kalimah Allah kepada kalian. Walaupun pahit yang ditelan apabila kata-kata tidak diterima, usaha tidak dihargai, pelajaran merosot dan pelbagai lagi dugaan yang Dia datangkan untuk menguji keimanan hambaNya yang lemah ini, saya kuatkan semangat untuk mengharunginya.

Hidup ini singkat dan hanya senda gurau sahaja. Sedarlah kalian tentang kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Sekejap sahaja lagi kita akan ke sana. Melihat kematian di sekeliling kita, benar-benar mengundang keinsafan pada diri ini. Tak lama lagi pasti saya juga akan mengekorinya, cuma tak pasti samada baikkah di akhirnya, atau sebaliknya.

Kalau boleh, saya pinta kalian lapangkanlah dada untuk menerima dakwah ini. Marilah kita sama-sama mengejar redhaNya dalam kehidupan ini. Semoga dengan rahmatNya, kita boleh sama-sama memasuki syurgaNya pula…insyaAllah…

Langkah kaki ini juga pernah terpesong sebelum ini. Pernah juga tersilap jalan. Saya juga masih berusaha untuk berjalan lurus. God gives us no power to change the past, but He gives us options on how we destined our future. Yang berlalu biarkan berlalu, kita coraklah hidup kita yang mendatang dengan lebih baik. Sejarah buruk itu bukanlah untuk diulang, tapi untuk dielak daripada berulang.

Rasa terbeban dengan dosa itu memang perlu, untuk kita sentiasa merasakan diri ini lemah dihadapanNya. Tapi janganlah kita membiarkan rasa itu menghalang kita untuk beramal di jalan dakwah ini. Kerana sesungguhnya mengenangkan dosa yang banyak terbeban itulah, saya memilih jalan ini. Jalan untuk saya memperbanyak amal, jalan untuk saya menebus kembali kesalahan-kesalahan lampau, jalan untuk saya mencari redha dan cintaNya. Saya juga seperti kamu, malah mungkin lebih teruk daripada kamu. 

Biarlah segala yang telah berlalu menjadi rahsia antara saya dengan Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Tapi, itulah kekuatan untuk saya memperbanyak amal kini, sebelum dijemput untuk bertemuNya. Saya yang kesuntukan masa kerana mungkin telah separuh atau mungkin telah 3suku telah digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya.

Mungkin banyak hati-hati yang telah saya lukakan apabila kesibukan itu memenatkan saya, memuramkan wajah saya, menghilangkan masa saya untuk bersama kamu. Maafkanlah saya. Sedaya upaya, saya ingin tunaikan hak kamu sebagai sahabat saya, tapi jika itupun tak mampu saya tunaikan, hanya doa saya mengiringi kamu semua. Sebab tu saya nak bersama-sama kamu di syurga. 

Agar kita dapat habiskan masa lebih lama untuk berborak dan berbual mesra. Semoga di sana nanti, kita dapat saling menzirahi rumah masing-masing di syurga-syurga yang berbeza. Moga di sana nanti, kita dapat bermandi-manda di sungai-sungai yang indah. Moga di sana nanti kita dipertemukan dengan insan agung, Nabi Muhammad SAW.

Tegakkanlah Islam dalam dirimu, barulah Islam akan tertegak dibumimu. Marilah kita sama-sama betulkan langkah kita. Marilah bersama-sama kenali diri kita. Marilah bersama-sama kenali pencipta kita. Semoga syurga itu menjadi tempat untuk kita reunion kembali suatu masa nanti. Tempat untuk kita mengenang saat-saat indah suka dan duka kita di SEK. KEB TOK JIRING, di KOLEJ ISLAM SAINS TERENGGANU (IMTIAZ K.BERANG), di SEK. MEN. TEKNIK TERENGGANU, dan lain-lain.

Sahabat,

Kadang-kadang langkah kaki saya juga pernah tersasar. Terpesong dari tujuan yang asal. Saya harap di kala itu, kamu dapat menarik saya kembali ke jalan yang lurus ini. Kamu pun nak masuk syurga bukan? Saat saya terleka nanti, berilah peringatan kepada saya. Saya harap saat itu nanti, kamu juga dapat memandang saya dengan penuh kasih-sayang. Dengan penuh rasa berharap untuk melangkah ke syurga bersama-sama saya. Tolong jangan tinggalkan saya terumbang-ambing saat itu. Tolong betulkan saya.

Sahabat,

Pandanglah mereka disekelilingmu dengan pandangan kasih-sayang. Kasih seorang manusia terhadap manusia lain. Janganlah dipandang hina mereka atas perbuatan buruk mereka, kerana mungkin mereka tidak mengetahuinya. Kitalah yang tahu bertanggungjawab untuk menyampaikan suruhan Allah SWT kepada mereka. Bertanggungjawab untuk menyampaikan kata-kata rasulullah SAW kepada mereka. Sebab, kita pun nak masuk syurga dengan mereka. Bersungguh-sungguhlah dalam dakwahmu, dakwah yang akan menyelamatkan kita dan mereka dari azab Allah SWT yang tersangat dahsyat.

Sahabat,

Bersyukurlah apabila ada yang menegur perbuatan buruk kita. Kerana masih ada yang sayang pada kita. Kerana mereka nak masuk syurga dengan kita. Janganlah bersangka buruk terhadap mereka kerana sesungguhnya, mereka hanya inginkan yang terbaik buat kita di kehidupan kekal abadi kelak. Merekalah sahabat-sahabat yang akan memimpin tangan kita untuk ke syurga bersama-sama nanti. Berterima kasihlah kepada mereka.

Sahabat,

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Jomlah kita amalkan ajaran Islam yang sebenar. Jomlah kita taati Allah dan rasulNya. Jomlah kita perbanyak amal kita sementara masih ada. Jomlah kita menjadi kekuatan satu sama lain untuk terus berada di jalanNya.
Akhir kata, saya sayang kamu semua. Doakanlah kebaikan untuk saya di dunia dan akhirat. Kamu juga akan sentiasa dalam doa-doa saya. Sebab, saya nak sangat masuk syurga dengan kamu!!

 khas untuk sahabatku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...