RUPA & PERANGAI.MANE LEBIH PENTING??


“Aku nak cari pompuan yg muke lawa,prangai lain hal,”umum aku suatu ketika dahulu.

“Nape lak camtu?”tanya seorang kawan berstatus sahabat.

“Ye la,muke pompuan da xleh ubah.Kalo sblum kawin xlawa,lepas kawin pon xlawa la..lain la perangai,perangai bleh ubah,”terang aku bersungguh-sungguh. Aku yakin pendirianku ini betul,tepat dan persis.Namun,suatu hari,tengah aku termenung jauh,aku terfikir bahawa pendapat aku ini salah.


“Lepas kawin,bleh ke aku ubah pompuan tu jadi isteri solehah.Aku bukan orang yang beriman sangat,ilmu agama pun xde sangat.Aku cakap aku nak ubah  bini aku lepas kawin seolah-olah aku kate hidayah tu milik aku.Aku bleh ubah sesiapa aku nak..Astaghfirullah hal azim..ya Allah,ampunkan daku..aku lupe hidayah milik MU…aku lupe nabi pun x mampu mengubah pak sedarenye..”aku bermonolog panjang.

Bila direnung kembali,secara kasarnya,memang wajah seseorang itu tidak boleh berubah.Jika mukanya penuh dengan jerawat,maka dari awal sampai akhirlah mukanya akan dipenuhi dengan jerawat.Tapi,apa yang boleh berubah,perasaan kita terhadapnya.

Mungkin pada awal perkahwinan, jerawat itu sangat2 dibenci tapi bila da ok,jerawat itulah yang digila-gila. Apa yang aku cube terangkan,apa yang dilihat itu tidak akan berubah buat selama-lamanya,kalau kayu maka kayu lah yang dilihat tapi bagaimana kita melihat,itulah yang boleh diubah.
Apa yang anda lihat dengan gambar di bawah?


Untitled by you.


Apabila dilakukan servey,rata-rata menjawab ‘tanda soal’.Namun harus anda ketahui bahawa ada yang menjawab ‘dakwat hitam’ dan ada juga yang menjawab ‘satu kertas putih yang ada kotoran’.Fikirkan,1 gambar,1 objek tapi banyak pandangan.Itulah yang aku cuba sampaikan,sememangnya wajah seseorang tidak akan berubah namun perasaan anda terhadapnya, pendapat anda terhadapnya, boleh berubah.

Persoalan seterusnya,perangai,adakah perangai seseorang itu boleh berubah?Dalam bab ni,aku menyamakan perangai itu dengan akhlak. Akhlak ditakrifkan sebagai satu kesan bibit yang lahir dari hati tanpa menggunakan kawalan akal fikiran.Pemarah,peramah,pemurah itu akhlak.Freehair, dedah aurat,langgar peraturan,itu bukan akhlak.

Akhlak adalah sesuatu yang dilakukan tanpa fikiran,terjadi secara semula jadi.
memetik kata2 seorang ulama’, “perangai manusia itu tidak boleh berubah.Apa yang berubah adalah bagaimana dia menterjemahkan akhlaknya.”Kata-kata ulama’ ini dikuatkan lagi dengan kisah Saidina Umar Al-Khattab.Umar sememangnya terkenal dengan sifat garangnya dan perlu kita tahu bahawa garang itu merupakan perangai Umar.Sifat garang padanya ini tidak berubah,dari awal dia hidup sehinggalah dia mati.

Bezanya,bagaimana dia menterjemahkan garangnya itu.Sebelum dia memeluk Islam,garangnya itu di intrepetasikan dengan menentang Islam tetapi apabila dia memeluk Islam,garangnya itu di intrepetasikan dengan menentang orang kafir.Umar sendiri mengakui perangai manusia sukar untuk diubah, “aku lebih rela memindahkan gunung daripada mengubah perangai manusia.”

Rasulullah bersabda, “Kalau ada orang kata Gunung Uhud sudah berubah, walaupun kita tidak tengok, percaya sajalah. Tetapi kalau ada orang berkata, Si Polan itu sudah berubah, jangan terus percaya. Tengok dulu.” Melalui hadis ini,dapat kita faham bahawa Rasulullah juga mengakui betapa sukarnya manusia untuk mengubah perangai mereka.

Jadi,hujah aku yang 1st,perangai takpe asal muke ok,boleh dicanggah sama sekali.Seperti yang Rasulullah katakan,untuk cari pasangan hidup,kte ade 4 ciri-cirinya.1 harta,2 keturunan,3 wajahnya dan 4 imannya,dan yang ke-4 itulah yang terbaik.Pernah ditegaskan oleh Ibrahim Adham,mencari pasangan disebabkan harta merupakan amalan orang Nasrani yang menjaga hartanya.Manakala mencari pasangan disebabkan keturunan dan wajahnya merupakan amalan orang Yahudi.Amalan orang Islam?Berdasarkan Imannya!

Lagi,cuba anda perhatikan hadis nabi tentang pemilihan pasangan hidup ini. Rasulullah menyatakan 4 ciri-ciri.Perhatikan bahawa 4 ciri-ciri ini pada hakikatnya merupakan ciri-ciri yang sangat penting sehinggakan Rasulullah menyebut perkara-perkara ini dalam hadisnya.Rasulullah xsebut pasal perjanjian ibu bapa,Rasulullah xsebut pasal ketinggian,tapi Rasulullah sebut psal harta,kturunan,wajah dan iman.Sebab apa?Sebab inilah yang paling utama dalam memilih pasangan.

So,Fikir-fikirkanlah lah..

SAKIT OH SAKIT


(buat mereka yang pernah sakit, sedang sakit, dan bakal sakit)

Menjelang final exam, ramai pula yang sakit. Hanya satu nasihat yang dapat diberikan;

BERSABARLAH kerana tiada seorang manusia pun yang mampu menyembuhkan penyakit.

‘Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;’ 
[As-Shuara, 26:80]

Pasti semua sudah tahu bahawa sakit itu merupakan satu ujian dari Allah. Adakah Allah menjadikan kita dengan sia-sia. Sepertimana kita belajar, pasti ada ujian yang bakal kita ambil. Ujian tersebut merupakan satu ‘indicator’ sejauh mana kita telah belajar. Begitu juga dengan ujian yang Allah timpakan. Sejauh manakah tahap keimanan kita. Allah ingin menguji tahap keimanan kita yang sebenarnya.


‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ [Al-Baqarah, 2:214]

Lebih tinggi tahap keimanan kita, lebh hebat kita diuji. Lihatlah sahaja ujian yang diturunkan kepada para Rasul. Jauh sekali jika ingin dibandingkan dengan ujian yang ditimpakan kepada orang awam seperti kita. Kita hanya perlu yakin bahawa pertolongan dari Allah itu adalah pasti tetapi sejauh manakah tahap kesabaran kita?

Kadangkala kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Bukannya sengaja Allah menurunkan ujian kepada kita tetapi dengan bertujuan, bukan sahaja untuk menguji keimanan kita malahan untuk mengajar kita erti sabar;

‘Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab’ [ Az-Zumar, 39:10].

Bukan sahaja Allah menguji bahkan Allah juga mengajar malah memberikan kita ganjaran yang amat besar supaya kita terselamat di akhirat kelak.

Allah juga boleh mendatangkan ujian kepada hambanya sebagai  satu qisas(pembalasan) ke atas dosa yang kita lakukan. Setiap dosa yang kita lakukan pasti akan dibalas sama ada di dunia ataupun di akhirat yang kekal abadi melainkan kita bertaubat sehingga Allah mengampunkan dosa tersebut.   Kerana kasihnya Allah terhadap hambanya, Allah telah menghukum kita dengan mendatangkan kita kesakitan, kesusahan dan sebagainya.

Selagi kita bersabar, ganjaran bakal menanti. Sebaliknya sekiranya kita mengeluh, hanya dosa yang menimbun. Begitulah kasihnya Allah Yang Maha Pengasih terhadap hambanya. Allah tidak mahu hambanya dihukum di akhirat yang berkali lebih dahsyat dari penderitaan di dunia. Dengan hukuman Allah di dunia kita sepatutnya sedar dan bersyukur terhadap nikmat yang telah Allah berikan kerana apabila kita kembali ke akhirat nanti kita bersih dari sebarang dosa.

Begitulah rasa kasih dan sayangnya Allah kepada hambanya. Bukan sengaja Allah menurunkan ujian terhadap hambanya, tetapi ujiannya di penuhi dengan 1001 hikmah yang dapat dirungkaikan.
Kepada mereka yang telah sakit, sedang sakit, mahupun pernah merasa kesakitan, ingatlah, sakit itu adalah satu ujian daripada Allah. Hebatnya ujian yang diturunkan oleh Allah menunjukkan betapa sayangnya Dia kepada kita.

Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya.
Sakit itu tanda sayang Allah pada kita.

‘Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’ [At-Taubah, 9:91]

HUKUM : Jual Beli Lepas Azan Jumaat

Suasan Biasa Menjelang Solat Jumaat


BERJUAL BELI SELEPAS AZAN JUMAAT (Al Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

SUDAH menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang berkerjaya terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengah hari untuk makan serta menunaikan solat fardu Jumaat.  Namun, ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru, setiap urus niaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus.

Ia tidak termasuk di dalam perbincangan ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat Jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada lelaki, sama ada peniaga, pembeli atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh selain tidak bermusafir.
Asas hukum adalah dari surah Al-Jumaat ayat 9:
“Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah Subhanahu Wata’ala dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui,”.
AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Walaupun sudah ijma’ di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua. (Bidayatul Mujtahid, 4/169: Tafsir Ibn Kathir, 4/368).

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Abu Bakar As-Siddiq Radiallahu Anhu dan Umar Al Khattab Radiallahu Anhu hanyalah sekali saja iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah.

Di zaman pemerintahan khalifah Uthman Radiallahu Anhu, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Hasil daripada kewujudan lebih daripada satu azan selepas zaman Uthman Radiallahu Anhu, ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya.

Mazhab Maliki dan Hambali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar. Ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat al-Quran, semasa hayat baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (Rujuk Al-Iqna’, Al-Khatib, 1/151: Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/39).

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan: “Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24).

Namun begitu, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram’, cuma terdapat sebahagian besar mereka berpendapat pengharaman bermula sejak daripada azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari berkenaan (Syarh Fath Al-Qadir, 2/69).

Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut: “Ulama bersepakat berkenaan pengharaman jual beli selepas azan kedua (Tafsir Ibn Kathir, 4/367).

BERDOSA SAJA ATAU AKAD JUGA BATAL?
Walaupun berjual beli di waktu itu adalah haram yang bererti berdosa atas penjual dan pembeli namun adakah akad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan itu dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain.

Jika akad tidak sah, bererti pemilikan harga yang diperoleh oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli terhadap barangan beliannya.

Jika itu berlaku, bererti kedua-dua pihak menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh subahat dan bermasalah.

Dalam hal ini, ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya akad. Ulama terbahagi kepada dua kumpulan:

1- Akad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

2- Akad batal dan berdosa. Ia adalah pendapat mazhab Hambali dan majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli sudah semuanya dipenuhi kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan saja. Atas kesalahan itu, dosa saja ditanggung tanpa pembatalan akad.


Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan di mana saja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan supaya dapat dinasihatkan kepada peniaga dan semua Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan terbabit. Kita bimbang, akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya berulang kali.

KESIMPULAN
Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

1- Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.

2- Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.

3- Mengetahui berkenaan hukum haram itu dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Saya amat berharap supaya khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar dan bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua.

Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid bagi menyedarkan mereka yang kurang faham dengannya.

Harap dengan membaca artikel ini, tidak lagi kita tergolong dalam golongan yang melanggar perintah Allah Subhanahu Wata’ala dala urusan jual beli pada hari Jumaat ini.

Seorang Lelaki Beriman


Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT 
 
Sentiasa Haus Dengan Ilmu
 
Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
 
Solatnya Adalah Maruah Dirinya
 
Tidak Pernah Takut Berkata Benar
 
Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
 
Menjaga Tuturkatanya
 
Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
 
Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
 
Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
 
Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
 
Menghormati Ibubapanya
 
Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
 
Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
 
Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam

Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
 
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
 
Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
 
Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
 
Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
 
Tidak Pernah Membazirkan Masa
 
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
 
Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
 
Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
 
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
 
Mengingati Mati
 
Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat  
Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
 
Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya





    "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

    CINTAILAH RASULULLAH




    “Hm, macam mane nak tanamkan rasa cinta pada Rasulullah?”

    Bagai tersedar dari mimpi yang panjang, saya mula tertanya-tanya,

    Dimanakah kedudukan Rasulullah di hati ini?

    Betul ke aku cintakan Rasulullah?

    Setakat mana aku melaksanakan sunnahnya?

    Dapatkah aku bertemu dengan Rasulullah di akhirat kelak?

    Nak ke Rasulullah mengaku hamba yang banyak dosa ini sebagai umatnya?

    Entah kenapa, saya rasa diri ini benar-benar tidak layak untuk berhadapan dengan baginda Rasulullah S.A.W di akhirat kelak. Walaupun hati ini rindu sangat untuk bertemu dengannya, namun rasa malu untuk menghadap baginda dengan keadaan diri dan hati yang dicemari lumpur dosa…
    Sabda rasulullah S.A.W,

    “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi” (Riwayat Muslim, Bukhari, Tirmizi dan Abu Daud)
    Semoga rasa cinta kita terhadap Rasulullah akan mendekatkan kita dengan baginda di akhirat kelak juga mendekatkan kita dengan syurga Ilahi. Hanya kepada Allah kita berharap, juga kepadaNya kita memohon pertolongan. Mungkin ini yang mampu saya lakukan untuk menyuluh hati ini dan hati rakan-rakan demi meraih cinta terhadap Rasulullah S.A.W. Di olah daripada majalah Anis edisi Mac 2009, semoga bermanfaat untuk semua.

    Sering diungkapkan bahawa cinta itu, dari mata turun ke hati. Jadi, bagaimanakah dengan kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W? Sedangkan Rasulullah S.A.W sudah lama wafat meninggalkan kita semua. Akhlak dan tubuh Nabi S.A.W sudah tidak dapat dilihat lagi secara langsung dihadapan mata; kecuali oleh generasi para sahabat. Maka dengan itu, mungkin menjadi sukar untuk hati ini mencintai Baginda S.A.W.

    Namun, bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dapat mencintai Baginda S.A.W. Untuk mendapatkan cinta luar biasa ini, langkah awal yang perlu dibuat ialah mengubah pemikiran kita tentang falsafah cinta. Hal ini hampir menyamai jalan mencintai Allah S.W.T yang juga tak dapat dilihat oleh mata kita.
    Pendekatan yang disampaikan Allah SWT
    “Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, yang bersifat keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad pada jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Maidah:54)

    Pendekatan yang dimaksudkan ialah ‘dicintai untuk mencintai’. Dalam ayat ini diterangkan bahawa setelah Allah mencintai mereka, barulah mereka pun dapat mencintai Allah. Berbeza dengan cinta biasa yang perlu untuk menyintai terlebih dahulu untuk memperoleh cinta.

    Jalan Mencintai Nabi


    Langkah Pertama
    Sesungguhnya Allah jualah pemilik hati ini. Allah lah yang membolak-balikkan hati dan juga mengurniakan rasa cinta ke dalam hati kita. Oleh itu, kita perlu momohon agar dicintai Allah terlebih dahulu. Mohonlah dipermudahkan untuk kita dapat merasai kasih sayang Rasulullah S.A.W yang kemudian memudahkan kita untuk menyintai baginda Nabi Muhammad S.A.W.

    Terdapat banyak hadith daripada Rasulullah S.A.W berkenaan dengan doa memohon kasih sayang Allah S.W.T. Antaranya daripada Abdullah bin Yazid al-Khutami al-Ansari r.a. : Daripada Rasulullah S.A.W. bahawa baginda berkata di dalam doa baginda:
    “Ya Allah! Berilah aku cintaMu dan cinta orang yang cintanya memberikan manfaat kepadaku disisiMu. Ya Allah, apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku dari apa yang aku senangi maka jadikanlah ia kekuatan bagiku dalam hal yang Engkau senangi. Ya Allah, apa yang Engkau hindarkan dariku dari apa yang aku senangi, maka jadikanlah ia lorongan bagiku untuk hal yang Engkau senangi.” (Riwayat Tirmizi)
    Langkah Kedua
    Kita harus mendatangkan rasa diri dicintai oleh baginda Rasulullah S.A.W. Orang mukmin seharusnya meyakini bahawa Rasulullah S.A.W merupakan manusia yang paling pengasih dan berlemah lembut terhadap dirinya. Baginda amat mengambil berat atas kesejahteraan umatnya.
    “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya akan penderitaan kamu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin.” (At-Taubah:128)
    Setelah dapat merasakan sedemikian, baru datang rasa terhutang budi dan keinginan untuk membalas kasih-sayang baginda S.A.W.

    Langkah Ketiga
    Kita perlu berusaha membalas jasa, budi baik dan kasih sayang Nabi Muhammad S.A.W dengan mengasihi baginda. Maksud mengasihi baginda S.A.W. ialah dengan membantu menegakkan sunnahnya, memelihara syariat ajarannya dan mengikut cara kehidupan baginda S.A.W.

    Dengan mencontohi para sahabat baginda S.A.W. yang mengasihi baginda melebihi kasih kepada diri sendiri, kita dapat merasai kemanisan mencintai Rasulullah S.A.W.
    Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
    “Tidak beriman seseorang kamu (dengan keimanan yang sempurna) sehinggalah aku lebih dikasihi dari dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari)
    Selanjutnya dengan meletakkan kasih kepada Nabi S.A.W melebihi kasih ke atas diri sendiri maka akan mudah untuk dapat merasai kemanisan iman (halwatul iman).
    Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Anas r.a., Rasulullah S.A.W bersabda:
    “Sesiapa yang terdapat dalam dirinya 3 perkara ini, akan merasai kemanisan iman; (iaitu) Allah dan RasulNya lebih dikasihinya daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihnya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepadaq kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i)

    Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah dan selidiki hati ini, dimanakah cinta kita untuk Allah dan RasulNya. Dan sesungguhnya semua ini hanya kan terlahir dengan keyakinan yang kukuh di jiwa tentang kehidupan selepas mati, azab kubur, adanya hari pembalasan, syurga dan juga neraka. Kerana hanya keyakinan akan melahirkan tindakan.

    Kita ambil sebuah analogi. Kalau kita sedang memandu kereta di lebuh raya, tiba-tiba kereta-kereta daripada arah bertentangan mengelip-ngelipkan lampunya kepada kita. Apakah tandanya itu? Tanda yang sememangnya difahami pemandu umum, menandakan bahawa ada polis di hadapan akan membuatkan kita bertindak memakai tali pinggang keledar, memperlahankan halaju kereta, juga meletakkan telefon bimbit ke sisi jika kita sedang berbual tanpa handsfree. Persoalannya di sini, mengapa kita bertindak sedemikian rupa? Sebabnya kita percaya bahawa ada polis di hadapan, walaupun hakikatnya kita belum pun nampak lagi. Cukup dengan isyarat, kita sudah yakin. Keyakinan melahirkan tindakan bukan?

    Keyakinan pasti melahirkan tindakan. Begitulah sewajarnya dengan keyakinan kita pada Hari Akhirat. Pasti ada tindakan walaupun belum nampak. Seperti kita percaya pada pemandu-pemandu yang mengelip-ngelipkan lampu kepada kita di lebuh raya. Padahal kita tak kenal pun siapa mereka. Entah mereka berkata benar atau hanya bergurau, kita terus percaya dan bertindak. Siapa pula yang membawa khabar tentang hari akhirat, syurga dan neraka kepada kita? Yakin atau tidak? Kalau yakin, mana tindakan kita?Wallahu’alam.

    "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

    WANITA DARIPADA RUSUK LELAKI?


    Wanita Daripada Rusuk Lelaki



    Dicipta engkau dari rusuk lelaki,

    bukan dari kaki untuk dialasi,

    bukan dari kepala untuk dijunjung,

    tapi dekat di bahu untuk dilindung,

    dekat pula di hati untuk dikasihi,

    engkaulah wanita hiasan duniawi…



    Apakah benar wanita itu adalah daripada rusuk lelaki?Semasa aq kecil, kawan-kawan aku dengan semangat menerangkan hal ini kepada aku sehingge die cakap, “kalu mung terai bile rusuk kito,beloh kiri kure so.”Lepas tu aq pun bilang la.Ye la,kecil lagi,so bile bilang tu,memang kurang satu. “Ho la,meme xdop so,”aku memberitahu dia.So,dari situ,aq pom set la kpale otak aq yang pompuan ni adalah berasal daripada rusuk lelaki.Bila aku naik form3 kalo tak silap,kan ade blajar pasal anatomi manusia,dari situ aku kaji balik, adakah benar rusuk lelaki belah kiri kurang satu.Tengok-tengok,eh molek lagi, takde kurangnya.Jadi,adakah benar perempuan ini berasal daripada rusuk lelaki?

    Kita mulakan membincang persoalan ini dengan satu hadis sahih daripada Bukhari dan Muslim:
    Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali.
    Jika kita mengambil hadis ini tanpa berfikir,jelas menunjukkan kepada kita bahawa hadis ini menyatakan wanita diperbuat daripada tulang rusuk lelaki dan sememangnya ada ulama yang bertegas mengatakan wanita itu diperbuat daripada rusuk lelaki.Namun,ulama secara jumhurnya menyatakan hadis ini merupakan hadis qiasan yang menerangkan sifat wanita itu sendiri dan ulama’ secara jumhurnya menggunakan ayat quran (contoh:Az-Zumar ayat 6) untuk menyangkal teori yang dibawa oleh ulama’ yang menyatakan wanita itu daripada rusuk lelaki.Tambahan pula,hadis di atas diambil secara separuh sahaja,hadis penuh berbunyi:
    Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.
    Nabi telah memberi analogi tentang sifat wanita melalui hadis ini.Wanita disamakan dengan tulang rusuk dek kerana sifat mereka adalah sama.Jika diperhatikan,Sifat tulang rusuk adalah jika dibiarkan ia akan bengkok dan jika dibetulkan ia akan patah,begitu juga dengan wanita,sifat wanita adalah suka merajuk,jika ditegur mereka akan memberontak.Jadi,adakah kita perlu biarkan sahaja tulang rusuk itu bengkok sahaja tanpa dibetulkan atau dalam erti kata lain,adakah kita perlu biarkan sahaja wanita itu merajuk?

    Tidak,kita sebagai lelaki,harus ‘melayan’ sifat merajuk wanita tetapi dengan cara yang berhikmah.Mahalnya seorang wanita disebabkan sifat merajuknya.  Ramai orang cakap ,”awak kalau merajuk,nampak lagi kiut la.”Benar ke tak ungkapan ni,aq pom tak taw,tapi mungkin ade benarnya.Siapalah aq nak bagi nasihat kat orang pasal relationship ni sbb aq pom blom kawin,tapi apa yang aku taw prempuan kalo die ngadu masalah,die xnk kita selesaikan,die just nak kite dengar,so kpd kaum adam,kalo ade pompuan ngadu masalah, sudi-sudikanlah tadah telinga,dengarlah luahan diorang..huhuhuhu







    "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

    IKHLASKAN NIATMU

    ikhlaskan-niatmu



    Pernah aq terfikir,Allah kate jangan takot selain kepada Dia tetapi aq takut akan neraka,apakah aq sudah syirik?Pernah aq terfikir,Allah kate beribadahlah semata-mata kerana Nya tetapi aq beribadah untuk kejar syurga Nya,apakah aq sudah syirik?Pening,pening dan pening aq memikirkannya.Aq tujukan soklan ni kat budak2 usrah kelas aq n sambil tu aq pom x penah putus pk,mencari jawapan kepada persoalan yang memeningkan ini.


    “Kita makan,Allah yang bagi kita kenyang,bukan makanan.Kita sakit,Allah yang bagi sembuh,bukan ubat,”ujar seorang kawan yang mantap akidahnya. Persoalannya,adakah dengan kita makan ubat menafikan yang Allah menyembuhkan kita?Adakah dengan kita makan nasi ayam,kita telah menafikan yang Allah mengenyangkan kita?

    Lama aq termenung dan aq yakin,itulah jawapan kepada persoalan aq.Apakah salah kita makan ubat untuk sembuh jika Allah telah nyatakan sifat ubat itu penyembuh?Apakah salah kita makan nasi ayam untuk kenyang jika Allah dah kata makan nasi ayam kita kenyang?Jadi,apakah salah kita mengejar syurga yang sememangnya Allah ciptakan syurga untuk dikejar dan apakah salah kita menakuti nereka yang sememangnya Allah ciptakan neraka untuk ditakuti?Kompom tidak salah!

    Andaikata mengejar syurga dan menakuti neraka adalah perkara yang salah, nescaya nabi Muhammad awal-awal lagi tidak akan menerangkan kita perihal syurga dan neraka kerna ia sia-sia.Tetapi nabi dalam banyak hadis menerangkan perihal nikmatnya syurga dan dasyatnya neraka,membuktikan kepada kita bahawa pentingnya mengejar syurga dan menakuti neraka. Semuanya kerana apa?Semuanya kerana lemah,kerdilnya kita wahai manusia. Benar,memang ada orang yang boleh beribadah semata-mata kerana Allah tetapi berapa ramai sangat?

    Rabiatul adawiyah di dalam doanya, “Ya Allah,jika Engkau mentakdirkan syurga bagiku maka haramkanlah syurga bagiku dan jika Engkau haramkan neraka untukku,maka campakkanlah aku ke dalam nerakamu.”Doa ini bukanlah menunjukkan Rabiah mengejar neraka Allah,tetapi yang dimaksudkan sebenarnya,jika redha Allah berada di dalam neraka dia sanggup memasuki neraka Allah untuk mendapatkannya.Ala,seperti orang yang sedang mabuk bercinta, “neraka api pun ayang sanggup renangi demi sayang.”Adakah benar neraka api sanggup direnangi?Tidak,semuanya kata-kata yang dipenuhi dengan metafora dan hiperbola dengan tujuan untuk menambahkan lagi rasa cinta kepada seseorang.

    So,apakah ini juga dikira ikhlas?”Sahaja aku solat fardu asar 4 rakaat mengikut imam ikhlas kerana syurga Allah.”Adakah ini ikhlas?Atau, “sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat mengikut imam kerana Allah semata-mata.” Adakah ini ikhlas?Apa itu ikhlas?Mengapa ikhlas sangat penting?

    Semasa penciptaan bumi,bumi bergoncang maka Allah pajakkan bumi dengan gunung maka bumipun berhenti bergoncang.Malaikat-malaikat melihatnya dengan penuh kagum,lalu ditanya kepada Allah, “Ya Rabbi, apakah masih ada makluk yang lebih hebat daripada gunung?”Allah menjawab, “Ya,ada.Besi.”Maka malaikat melihat gunung ditarah dengan besi dan mereka bertanya lagi kepada Allah, “Ya Rabbi,apakah masih ada makluk yang lagi hebat daripada besi?”Allah menjawab, “Ya,ada.Api.”Allah membakar besi dengan api dan besi menjadi cair dan malaikat bertanya lagi, “apakah masih ada makluk yang lagi hebat daripada api?”Allah membalas, “Ya,ada.Air.”Dengan tiba-tiba api dipadamkan dengan air dan malaikat teruja lalu bertanya, “lagi?”Allah menjawab,”angin lebih hebat daripada air.”Air- air tadi diterbangkan oleh angin dan hilang pada satu sudut.Malaikat bertanya lagi, “ada lagi yang hebat?”Allah menjawab, “ada.”Malaikat dengan penuh teruja bertanya kepada Allah, “apa dia Ya Rabbi?”Allah menjawab, “Orang yang bersedaqah dengan tangan kanan tetapi tangan kirinya tidak nampak.” Apakah yang dimaksudkan dengan Allah adalah sedaqah?Tidak,yang dimaksudkan sebenarnya ialah ikhlas,orang yang ikhlas menderma.

    “Saye ikhlas nak couple ngan awak…”Rayu sorang lelaki macho.Eh,ape pula ikhlas ini?Couple pom bley ikhlas ke?Tak,yang dimaksudkan oleh lelaki macho ni,dia mencintai budak tu gle2 dan dia ingin bercouple ngan budak tu tanpa mengharap budak tu balas ape2.Hebatnya!Ya,memang hebat! Apabile kita kata, “saya ikhlas derma ni,”maksudnya kita memang nak derma dan kita tidak mengharapkan apa-apa balasan,kalao orang tak balas takpe dan kalo orang balas,Alhamdulillah.

    Dalam konteks islamik,Ikhlas secara kasarnya bererti membuat sesuatu semata-mata kerana Allah. Amalan apapun kalau tidak ikhlas ia tidak memberi apa-apa makna kepada pembuatnya dan amalan yang ikhlas akan menjadi ‘harta’ kepada pembuatnya. Sebagai contoh,orang menjemput kita ke majlis tahlil arwah.Jika kita pergi ke majlis itu semata-mata kerana roti jala maka bacaan tahlil kita itu tidak dapat dihadiahkan kepada si mati kerana amalan kita tidak ikhlas dan tidak menjadi harta kita.Tetapi,jikalau kita ikhlas,bertahlil semata- mata kerana Allah,pahala itu akan menjadi harta kita dan kita bebas menghadiahkan kepada sesiapa yang kita mahu.

    Ikhlas ini ada 3 macam bak kata ulama.Kita beribadah semata-mata kerana Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan dan inilah ikhlas yang paling utama.Yang kedua,kita beribadah demi syurga dan neraka Allah dan yang ketiga kita beribadah demi pahala dan dosa.Sememangnya ikhlas yang pertama itu merupakah tahap tertinggi dan memang sukar untuk kita lakukannya.Kita kena terima hakikat diri yang lemah dan hebatnya Allah. Menjadi resam manusia,apabila lakukan sesuatu mesti ada upah.Jadi Allah telah ciptakan syurga sebagai upah manusia,supaya manusia nampak bahawa kerana apa mereka beribadah,jika mereka solat malam apa yang mereka dapat.Lihatlah,betapa agungnya Allah.Dia suh kita beribadah kepadanya,Dia bagi kita tangan,kaki,hidung,mata,hati dan bila kita beribadah Dia bagi lagi syurga untuk kita.Ya Allah,agungnya Dikau.

    “Sahaja aku solat fardu zohor kerana Allah.”Jadi,adakah dengan kita lafaz kerana Allah ibadah kita,solat zohor kita menjadi ikhlas kerana Allah?Tidak, ikhlas kerana Allah itu haruslah dari awal kita solat hinggalah selesai kita salam atau dalam erti kata lain,sepanjang kita solat,kita kena niat ikhlas kerana Allah.Imam Maliki berkata,” ibadah yang selalu diperbetul niatnya kerana Allah akan diterima sebagai ibadah yang ikhlas walaupun ditengah-tengahnya kita terlalai.”Maksudnya,jika niat kita lari seharusnya kita cepat-cepat perbetulkan niat kita biar ikhlas kerana Allah.

    Ya,sudah menjadi adab manusia.Bila nak wat baik,akan datang bisikan dalam hati, “ko wat baik ni kerana budak pompuan tu kan.”Bila nak pakai tudung labuh,”ko pakai tudung labuh sebab Atoy ade kan.”Bisikan demi bisikan datang dalam diri kita hingga menyebabkan kita membatalkan niat kita yang baik dan murni.Tolak lah ia kerana ia adalah daripada syaitan! inilah Qatir Syaitan!Syaitan tidak akan pernah putus asa dalam menggoda kita,menggoda kita samada untuk kita tidak lakukan atau kita lebih-lebih dalam lakukan. Apabila datang situasi seperti itu,buatlah kebaikan itu dan betulkan niat di dalam hati.”Aku pakai tudung labuh ni kerana Allah,bukan kerana Atoy.” “Aku bace quran ni kerana Allah bukan kerana sesiapa.”Betulkan niat anda! Ikhlaskan niat anda!

    Betapa pentingnya ikhlas niat ini,ulama dulu-dulu,apabila diorang nak taw diorang ikhlas tak karang buku,selepas sahaja diorang abis karang buku,diorang akan buang buku diorang tu ke dalam laut.Dalam hatinya ,” Ya Allah,jika benar aku menulis buku ini kerana Mu,lindunglah tulisannya dan jika aku menulis buku ini kerana wang,kerana nama,maka hilangkanlah tulisannya.”Apabila buku itu diambil,wah,tulisannya masih elok.Disebabkan itulah,buku-buku hasil penulisan ulama’ dulu-dulu masih kekal sehingga sekarang.
    jadi,apa yang anda tunggu lagi?Perbaharui niatmu!Ikhlaskan niatmu kerana Allah!

    “AKU HIDUP INI KERANA ALLAH!”


    "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

    TEGURAN YANG BERHIKMAH

    Sedikit perkongsian berdasarkan program Bersama Dr.Fadzilah Kamsah @astro Oasis.

    Saya pasti, kita semua tak terlepas daripada berfikir tentang cara terbaik untuk menegur. Atau mungkin pengalaman menegur orang sebelum ni yang agak mengecewakan membuatkan kita memberhentikan niat murni untuk mengembalikan rakan-rakan ke landasan benar yang diredhai Allah SWT.

    “taknak la tegur, nanti buat orang sakit hati”

    “aku memang tak pandai menegur”

    “aku bukan ustaz, biar ustazlah yang tegur”

    “ala…kawan2 die kan ade, family die ade, xyah la kite nak tegur”

    “ala…kalau kite tegur pun, die bukan nak dgr”

    “kubur kita kan lain2, xyah la nak sebok hal orang lain”

    Sesungguhnya apa yang kita buat dan orang sekeliling kita buat pasti ada kaitannya dengan kita. Kalau tak, pasti tsunami di Acheh hanya mengorbankan mereka yang berdosa, tidak para alim ulama’.
    “Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, ‘Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?’ Mereka menjawab ‘Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa.” (Al-A’raf:164)
    Tapi harus diingat, teguran haruslah disampaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Supaya mudah diterima dan juga tidak membawa fitnah kepada agama. Semoga Allah menyelamatkan saya dan rakan-rakan daripada menjadi fitnah kepada Islam.

    Ok, berikut merupakan panduan yang diberikan melalui Dr. Fadzilah Kamsah dalam memberi teguran.

    1. Niat kena betul

    Muhasabah balik, kenapa kita nak menegur? Nak tegakkan syariat? Menyelamatkan sahabat daripada azab Allah? Atau nak mengaibkan or lain2.

    2. Baca doa

    a. Doa Nabi Musa
    “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku” (surah Taha:25-28)

    b. Sebut Ya Aziz (Maha Mulia/Perkasa) Al-Jabbar(Maha Pemaksa) Al-Mutakabbir(Maha Besar) dan hembuskan pada sahabat
    Tapi janganlah sampai dia perasan yang kita nak jampi dia. Cuma niatkan dengan kuasa Allah, dia dilembutkan hati untuk menerima teguran kita.

    c. Surah Taha (1-5)
    Tapi harus diingat, bukanlah doa-doa ini yang melembutkan hati, cuma dibacakan untuk menjadi asbab dilembutkan hati orang yang ingin ditegur.

    3. Belai dengan puji-pujian

    Manusia memang sifatnya senang apabila dipuji. Nurse pun sebelum suntik kita, akan usap-usap dulu tangan kitakan. Jadi, sebelum tegur orang, sebaiknya kita bercakap tentang perkara-perkara yang baik tentang dirinya. Puji pula haruslah ikhlas, bukan hendak membuat dia terangkat ke apa ke, barulah dimudahkan oleh Allah.

    Bagi saya, saya suka cara En. Razak (cikgu gamelan) apabila menegur. Apabila kitorang main dengan tak berapa baik, cikgu akan cakap,
    “Bagus awak main. Saya x pernah ajar lagikan lagu ni? Maknanya awak dah boleh main, dah boleh baca note sendiri. Kalau student UiTM, belajar satu sem dapat 10 lagu je. Awak baru berapa jam dah dekat 20 lagu kan. Bagus awak semua ni. Cuma, tempo tu lari sikit kan. Xpe la, kita practice lagi ek.”
    Lepas rasa cuak sebab main salah, kita ditenangkan dengan puji-pujian cikgu. Kemudian baru diselitkan dengan teguran. Lebih mudah diterima kan?

    4. Fokus kepada perkara yang nak ditegur (jangan mengungkit)

    Kalau yang sahabat kita salah tu hari ni, tak perlulah kita mengungkit kesalahan-kesalahannya yang lalu. Seperti contoh yang diberikan oleh dr. Fadzilah, kalau hari ni isteri kita buat air xsedap, kurang gula, tak perlulah tegur dengan berkata, “Sejak kita kahwin, awak tak pernah buat air sedap.” Waa…dah 30 tahun kahwin, baru hari ni cakap selama ni tak sedap. Dah berliter-liter air yang diminum, baru nak ungkit tak sedap. Kecil hati yang mendengar. Marah sekalipun, nak tegur sekali pun, tak perlulah mengungkit. Fokus kepada perkara yang hendak ditegur sahajalah. Tak perlulah masukkan perkataan seperti selama ni, sejak dan lain-lain yang boleh mengecilkan hati penerima teguran.

    5. Jangan tinggikan suara

    Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul rejection dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita. Contoh macam, aku tak kesah pun kalau ditegur dengan nada tinggi. Takkan tak boleh tegur dengan nada tinggi kot? Sedangkan rambut kita pun warna lain-lain, inikan pula hati. Mungkin yang boleh terima tu hanya kita, penerimaan orang lain belum tentu sama dengan kita. Jadi, haruslah gunakan pendekatan yang terbaik dan berlemah lembut.

    6. Doa supaya dia berubah

    Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,
    “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.  Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)
    Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.

    Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Dan dalam kita berusaha menjadi penegur yang baik, kita juga haruslah berusaha untuk menjadi penerima teguran yang baik. Tak kisahlah bagaimana kita ditegur, bersangka baiklah pada yang menegur dan terimalah dengan hati yang terbuka. Bila ada yang menegur, maknanya ada ruang untuk kita perbaiki diri. Hargailah ia. Sesungguhnya peringatan ini adalah buat diri saya sendiri. Semoga dapat menjadi orang yang sabar dan tidak menjadi fitnah kepada Islam.


    WANITA SOLEHAH LEBIH BAIK DARIPADA BIDADARI SYURGA




    Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.


    Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka.


    Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

    Rasulullah SAW bersabda,
    “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
    Lagi sabda Rasulullah SAW,
    “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
    Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
    Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
    Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
    Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
    Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
    Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

    Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
    Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

    Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
    Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

    Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

    Si ayah terus menyambung
    “muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

    Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

    “Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
    “lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
    “ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
    Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”


    “dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
    Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

    Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
    Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
    “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

    5 SYARAT UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT

     
    “Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

    “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

    Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
    “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.”

    Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
    “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

    Ibrahim bin Adham berkata:
    “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA.”

    Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
    “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

    “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham.
    “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

    “Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
    Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

    Ibrahim kembali berkata kepadanya:
    “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

    “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
    “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!

    Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
    “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
    “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

    Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
    Ibrahim melanjutkan:
    Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh”

    Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
    “Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

    “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
     “Baiklah, apa syarat yang kelima?”

    Ibrahim pun menjawab:
    “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.

    Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
    “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

    Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
    “Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah.” katanya sambil teresak-esak.

    Toilet lebih penting dari solat berjemaah@SOLAT!!!

    Bila kita berbicara mengenai pelaksanaan ibadah yang dituntut oleh agama seperti solat berjemaah, ramai yang akan mencari pelbagai alasan untuk mengelak daripada melaksanakannya. Contohnya:
    *Setiap situasi adalah berlainan bagi setiap watak.
    Pelajar 1:
    Saya busy nak siapkan assignment, kerja rumah, presentation dan lain-lain. Lagipun, saya tak pandai sangat. Jadi, kenalah stay up untuk revised subjek yang tak faham. Susah sikit nak bangun pagi untuk solat subuh berjemaah.
    Pelajar 2:
    Kalau solat kat rumah boleh jimat masa. Banyak kerja lain boleh siapkan. Kat rumah pon boleh solat berjemaah jugak kan…
    Peniaga@businessman:
    Kami perlu jaga bisnes kami. Kalau kami tak selia dengan baik pelanggan kami, bisnes kami akan rugi. Bukan kami ingin mengelak dari solat berjemaah yek.
    Pekerja awam:
    Kami bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Letih. Jadi, malam adalah waktu rehat kami. Solat kat rumah sudahlah.

    Setiap daripada kita mempunyai ‘alasan kukuh’ untuk tidak melaksanakan kewajipan kita. Bagi pelajar, tugas menuntut ilmu adalah segala-galanya. Bagi seorang usahawan, tiada lagi ruang untuk menumpukan kepada perkara lain kerana bimbang bisnesnya akan terjejas. Siang dan malam mereka akan pastikan semua urusan bisnesnya berjalan lancar. Bagi penjawat awam, waktu kerja yang menuntut penggunaan tenaga sepenuhnya menyebabkan mereka memerlukan rehat yang mencukupi bagi menyambung urusan kerja pada keesokannya. Semua ‘alasan’ tersebut amat kukuh dan tersusun rapi.

    Begitulah pekerjaan sepanjang-panjang hari dalam seminggu dan bulan yang kita dahulukan. Saya ingin bertanya kepada setiap daripada pembaca juga diri yang perlu sentiasa diingatkan ini, adakah solat juga lain-lain ibadah yang dituntut untuk kita melaksanakannya@ WAJIB, lebih penting dari tugasan kita di tandas?? Saya ingin membawakan satu analogi mudah, situasi bagi seorang usahawan.
    Usahawan yang semakin berjaya bisnesnya, Amir(bukan nama sebenar) merupakan sahabat Yassin(bukan nama sebenar), sebelum ini solat berjemaahnya amat terjaga, namun bila bisnesnya semakin meningkat naik, semakin jarang untuk melihatnya bersama-sama Yassin dalam solat berjemaah di masjid.

    Yassin yang risau akan perubahan sahabatnya itu lantas menziarahinya ke tempat bisnes. Amir  menyambut kunjungan Yassin dengan baik tetapi diselaputi 1001 kerisauan yang mendalam, bimbang akan ditanya perihalnya usahanya mendekati Pencipta Yang Maha Esa. Akhirnya dia berterus terang saja dengan memberi alasan bahawa dia tidak mampu untuk membiarkan urusan bisnesnya diurus oleh pekerja-pekerjanya tanpa pemantauan daripadanya sendiri. Dia perlu sentiasa bersama pekerja-pekerjanya pada setiap masa.

    Yassin yang bijaksana telah bertanya…”Sedang saudara memantau pekerja-pekerja saudara keluar masuk melaksanakan kerja mengikut yang disuruh, tiba-tiba perut saudara sakit dan perlu segera ke toilet bagi melegakannya, apa yang saudara akan lakukan?” Dia menjawab sudah tentu saya akan ke toilet dengan segera kerana itu adalah keperluan mendesak yang tidak boleh dikompromi…..benar sahabatku… Yassin lantas menyatakan: “Kalau demikian halnya, saudara telah menjadikan solat berjemaah juga urusan-urusan WAJIB yang diperintahkan kepada saudara  ini kurang pentingnya berbanding urusan saudara ke toilet…Ke toilet saudara kata penting dan perlu…kerananya bisnes mesti ditinggalkan. Tahukah saudara yang selama ini saudara telah meletakkan urusan solat berjemaah ini lebih rendah daripada martabat urusan saudara ke bilik air/tandas????”

    Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. ‘Bisnes’ yang dimaksudkan bukan sahaja berkenaan dengan usahawan tersebut sahaja, bagi seorang pelajar bisnesnya ialah urusan menuntut ilmunya, bagi penjawat awam, bisnesnya ialah tugasan kerjanya begitu juga lain-lain pekerjaan. Kita terlalu sibuk mengejar ‘bisnes’ dunia kita yang pulangannya hanyalah bersifat sementara dan meninggalkan ‘bisnes’ akhirat kita yang berkekalan sifatnya.

    Mari kita lihat bagaimana Allah S.W.T. mengatakan perdagangan ataupun ‘bisnes’ yang TERBAIK di dalam Al-Quran,
    “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?  Iaitu kamu BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH DENGAN HARTA DAN JIWAMU. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. NISCAYA ALLAH MENGAMPUNI DOSA-DOSAMU DAN MEMASUKKAN KAMU KE DALAM SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA SUNGAI-SUNGAI, DAN KE TEMPAT-TEMPAT TINGGAL YANG BAIK DI DALAM SYURGA ADN. ITULAH KEMENANGAN YANG AGUNG. Dan ada lagi kurniaan yang lain yang kamu sukai iaitu PERTOLONGAN DARI ALLAH DAN KEMENANGAN YANG DEKAT(WAKTUNYA). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin”.
    (As-Saff 61:10-13)
    Itu adalah janji-janji Allah mengenai ‘bisnes’ yang terbaik yang terlalu ramai antara kita abaikan. Semoga sedikit perkongsian ini mampu merubah paradigm kita dalam melaksanakan prioriti utama kita sebagai MUSLIM Insya’Allah.

    FITNAH DAN MENG'AIBKAN SESAMA ISLAM

     

    Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nur ayat 19:


    Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”.


    Firman Allah menyatakan kepada kita mengenai kemurkaan Allah SWT kepada golongan yang suka memfitnah dan membuat tuduhan kepada orang lain. Islam melarang sama sekali perbuatan tersebut kerana boleh mencemarkan maruah. Meskipun demikian, dianjurkan untuk kita menegur dan menasihati kesalahan dan kesilapan saudara kita tanpa mendedahkan `aibnya. Ini adalah lebih baik daripada menyebarkan kesalahan orang khasnya penyebaran fitnah terhadap orang-orang yang dikenali sebagai orang yang baik. Namun dalam masyarakat kita pada hari ini terdapat segelintir daripada kalangan kita yang gemar berjanji untuk menyimpan rahsia keburukan saudaranya, tetapi kemudiannya menceritakan kepada orang lain dengan mensyaratkan janji yang sama untuk tidak menceritakan kepada orang lain. Jika setiap orang melakukan perkara yang sama, sudah pasti berita tersebut akan lebih cepat tersebar dan diketahui oIeh orang ramai.


    Ayat ke 19 dalam surah An-Nur itu tadi sebenarnya diturunkan untuk menempelak golongan yang cuba memfitnah Saidatina ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha. Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan mengenai kisah fitnah Saidatina ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha. Kisah ini berlaku ketika Nabi dan rombongannya dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah selesai peperangan. Rombongan Nabi telah singgah di suatu tempat untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Ketika rehat, ‘Aisyah keluar dari usungannya untuk mencari tempat qadak hajat tanpa disedari oIeh Rasulullah SAW atau sahabat-sahabat yang lain yang akhirnya beliau tertinggal dan dibawa oIeh seorang sahabat.


    Kepulangan Saidatina ‘Aisyah dengan diiringi oIeh Safwan bin Al-Mu’atthal telah menggembirakan golongan munafiqin. Mereka merasakan ini adalah peluang terbaik untuk mencemarkan kemuliaan Nabi dan maruahnya. Mereka terus menanam jarum-jarum fitnah dengan menyebarkan tohmahan bahawa Safwan telah melakukan sesuatu yang tidak baik dengan isteri Rasulullah SAW. Racun-racun fitnah tersebut telah meresap dalam masyarakat sehingga keadaan menjadi kecoh dengan setiap orang menceritakan berita atau isu yang sama.


    Allah menempelak perbuatan menyebarkan fitnah ini dalam surah An-Nur ayat 14 -15 yang bermaksud: “Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa ‘azab yang besar kerana perbicaraan kamu tentang berita bohong itu. Ingatlah di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja pada hal ia di sisi Allah adalah besar. Dan mengapa kamu tidak berkata di waktu mendengar berita bohong itu?. Sekali-kali tidaklah harus bagi kita memperkatakan ini. Maha suci Engkau (Ya Tuhan kami) ini adalah dusta yang besar”.


    Fitnah yang disebarkan oIeh golongan munafiqin ini telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada Nabi dan sahabat-sahabatnya. Justeru para ulama ketika membincangkan perkara ini telah bersepakat bahawa sesiapa yang terlibat memfitnah dalam isu Al-Ifq ini, dia dihukumkan sebagai terkeluar daripada Islam. Jika tidak bertaubat maka orang itu wajib dibunuh kerana menghina dan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW. Bahayanya penyebaran fitnah ini sehingga memaksa Rasulullah SAW mengeluarkan perintah hukuman had terhadap tiga orang sahabat yang terlibat sama dalam fitnah ini dengan disebat setiap daripada mereka dengan 80 sebatan.


    Hadith-hadith Rasulullah SAW banyak menceritakan mengenai perintah atau galakan menyembunyikan keaiban saudara seislam yang lain. Antaranya hadith daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak menutup seseorang akan keaiban orang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari qiamat”.(Riwayat Muslim).


    Hadith ini menceritakan kelebihan bagi sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, maka Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat. Menurut para ulama, menyembunyikan keaiban orang lain terbahagi kepada dua keadaan: iaitu Mahmud (Terpuji) dan Mazmum (Dikeji). Menyembunyikan keaiban orang lain dianggap terpuji jika orang itu dari kalangan orang yang baik, beriman dan beramal soleh. Maka dalam hal ini keaibannya perlu dirahsiakan. Berbeza dengan orang yang suka melakukan maksiat, berbangga dengan maksiat yang dilakukan dan suka menceritakan maksiatnya kepada orang lain. Maka harus diceritakan kejahatannya supaya dapat dihukum seterusnya menjadi pengajaran kepada orang lain.


    Apa yang penting, dalam menyembunyikan keaiban orang lain adalah bergantung kepada maslahah atau kepentingan. Jika kepentingan menutup perbuatan tersebut maka perlu dirahsiakan begitulah sebaliknya. Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oIeh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud: “Setiap umatku dimaafkan melainkan orang yang terang-terangan dan menunjuk-nunjuk dalam melakukan kemaksiatan (Al- Mujaharah). Dan sesungguhnya termasuk di bawah (Al-Mujaharah) ialah orang yang bangga melakukan kejahatan pada malam hari kemudian pada paginya Allah menyembunyikan keaibannya tetapi dia pula menceritakan kepada orang lain dengan berkata: “Ya Pulan, aku melakukan perbuatan ini dan itu semalam”, pada hal ketika dia tidur pada malamnya Allah telah menutup keaibannya tetapi pada keesokannya dia mendedahkan apa yang telah ditutup oIeh Allah SWT.


    Islam melarang umatnya mengaibkan sesama Islam sehinggakan orang yang telah dihukum dengan hukuman had pun ditegah daripada dihina dan di`aibkan sebagaimana hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oIeh Abu Hurairah Radiallahu `Anhu yang bermaksud: “Seorang yang telah meminum arak dibawa kepada Nabi lalu Nabi memerintahkan supaya lelaki tersebut disebat. Abu Hurairah menceritakan: Ada di antara kita yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan kasutnya, ada yang memukul dengan pakaiannya. Ketika lelaki tersebut beredar, setengah kaum menghinanya dengan mengatakan semoga Allah menghinakan engkau. Lalu Nabi melarang dengan katanya: Jangan mengeluarkan perkataan itu nanti syaitan akan mengambil peluang”.


    Larangan dan tegahan Islam tentang perkara yang meng`aibkan sesama Islam adalah demi menjaga hubungan silaturrahim dan perpaduan sesama mereka. Musuh-musuh Islam akan bergembira apabila melihat umat Islam benci-membenci sesama mereka, hina-menghina, aib-mengaib dan fitnah-memfitnah. Golongan yang dalam hatinya ada perasaan benci dan hasad kepada saudara seislamnya merupakan golongan yang ada dalam dirinya sifat-sifat munafiq. Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan dalam Islam. Islam menganjurkan perbincangan dan pertemuan bagi menyelesaikan sebarang pertelingkahan dan pergeseran. Mengaibkan saudara seislam yang lain tanpa bukti dan fakta yang tepat merupakan satu jenayah yang sangat besar kepada perpaduan Islam. Umat Islam sewajarnya melupakan pergeseran yang bersifat peribadi dan meletakkan kepentingan dan perpaduan ummah lebih daripada segala-galanya.


    Firman Allah SWT di dalam surah Al-Buruj ayat 10:


    Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan bahaya (seksa, bunuh dan sebagainya) kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam dan mereka akan beroleh azab api yang kuat membakar”.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...