“Hm, macam mane nak tanamkan rasa cinta pada Rasulullah?”
Bagai tersedar dari mimpi yang panjang, saya mula tertanya-tanya,
Dimanakah kedudukan Rasulullah di hati ini?
Betul ke aku cintakan Rasulullah?
Setakat mana aku melaksanakan sunnahnya?
Dapatkah aku bertemu dengan Rasulullah di akhirat kelak?
Nak ke Rasulullah mengaku hamba yang banyak dosa ini sebagai umatnya?
Entah kenapa, saya rasa diri ini benar-benar tidak layak untuk berhadapan dengan baginda Rasulullah S.A.W di akhirat kelak. Walaupun hati ini rindu sangat untuk bertemu dengannya, namun rasa malu untuk menghadap baginda dengan keadaan diri dan hati yang dicemari lumpur dosa…
Sabda rasulullah S.A.W,
Semoga rasa cinta kita terhadap Rasulullah akan mendekatkan kita dengan baginda di akhirat kelak juga mendekatkan kita dengan syurga Ilahi. Hanya kepada Allah kita berharap, juga kepadaNya kita memohon pertolongan. Mungkin ini yang mampu saya lakukan untuk menyuluh hati ini dan hati rakan-rakan demi meraih cinta terhadap Rasulullah S.A.W. Di olah daripada majalah Anis edisi Mac 2009, semoga bermanfaat untuk semua.“Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi” (Riwayat Muslim, Bukhari, Tirmizi dan Abu Daud)
Sering diungkapkan bahawa cinta itu, dari mata turun ke hati. Jadi, bagaimanakah dengan kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W? Sedangkan Rasulullah S.A.W sudah lama wafat meninggalkan kita semua. Akhlak dan tubuh Nabi S.A.W sudah tidak dapat dilihat lagi secara langsung dihadapan mata; kecuali oleh generasi para sahabat. Maka dengan itu, mungkin menjadi sukar untuk hati ini mencintai Baginda S.A.W.
Namun, bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dapat mencintai Baginda S.A.W. Untuk mendapatkan cinta luar biasa ini, langkah awal yang perlu dibuat ialah mengubah pemikiran kita tentang falsafah cinta. Hal ini hampir menyamai jalan mencintai Allah S.W.T yang juga tak dapat dilihat oleh mata kita.
Pendekatan yang disampaikan Allah SWT
“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, yang bersifat keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad pada jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Maidah:54)
Pendekatan yang dimaksudkan ialah ‘dicintai untuk mencintai’. Dalam ayat ini diterangkan bahawa setelah Allah mencintai mereka, barulah mereka pun dapat mencintai Allah. Berbeza dengan cinta biasa yang perlu untuk menyintai terlebih dahulu untuk memperoleh cinta.
Jalan Mencintai Nabi
Langkah Pertama
Sesungguhnya Allah jualah pemilik hati ini. Allah lah yang membolak-balikkan hati dan juga mengurniakan rasa cinta ke dalam hati kita. Oleh itu, kita perlu momohon agar dicintai Allah terlebih dahulu. Mohonlah dipermudahkan untuk kita dapat merasai kasih sayang Rasulullah S.A.W yang kemudian memudahkan kita untuk menyintai baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat banyak hadith daripada Rasulullah S.A.W berkenaan dengan doa memohon kasih sayang Allah S.W.T. Antaranya daripada Abdullah bin Yazid al-Khutami al-Ansari r.a. : Daripada Rasulullah S.A.W. bahawa baginda berkata di dalam doa baginda:
Langkah Kedua“Ya Allah! Berilah aku cintaMu dan cinta orang yang cintanya memberikan manfaat kepadaku disisiMu. Ya Allah, apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku dari apa yang aku senangi maka jadikanlah ia kekuatan bagiku dalam hal yang Engkau senangi. Ya Allah, apa yang Engkau hindarkan dariku dari apa yang aku senangi, maka jadikanlah ia lorongan bagiku untuk hal yang Engkau senangi.” (Riwayat Tirmizi)
Kita harus mendatangkan rasa diri dicintai oleh baginda Rasulullah S.A.W. Orang mukmin seharusnya meyakini bahawa Rasulullah S.A.W merupakan manusia yang paling pengasih dan berlemah lembut terhadap dirinya. Baginda amat mengambil berat atas kesejahteraan umatnya.
Setelah dapat merasakan sedemikian, baru datang rasa terhutang budi dan keinginan untuk membalas kasih-sayang baginda S.A.W.“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya akan penderitaan kamu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin.” (At-Taubah:128)
Langkah Ketiga
Kita perlu berusaha membalas jasa, budi baik dan kasih sayang Nabi Muhammad S.A.W dengan mengasihi baginda. Maksud mengasihi baginda S.A.W. ialah dengan membantu menegakkan sunnahnya, memelihara syariat ajarannya dan mengikut cara kehidupan baginda S.A.W.
Dengan mencontohi para sahabat baginda S.A.W. yang mengasihi baginda melebihi kasih kepada diri sendiri, kita dapat merasai kemanisan mencintai Rasulullah S.A.W.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Selanjutnya dengan meletakkan kasih kepada Nabi S.A.W melebihi kasih ke atas diri sendiri maka akan mudah untuk dapat merasai kemanisan iman (halwatul iman).“Tidak beriman seseorang kamu (dengan keimanan yang sempurna) sehinggalah aku lebih dikasihi dari dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Anas r.a., Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesiapa yang terdapat dalam dirinya 3 perkara ini, akan merasai kemanisan iman; (iaitu) Allah dan RasulNya lebih dikasihinya daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihnya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepadaq kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i)
Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah dan selidiki hati ini, dimanakah cinta kita untuk Allah dan RasulNya. Dan sesungguhnya semua ini hanya kan terlahir dengan keyakinan yang kukuh di jiwa tentang kehidupan selepas mati, azab kubur, adanya hari pembalasan, syurga dan juga neraka. Kerana hanya keyakinan akan melahirkan tindakan.
Kita ambil sebuah analogi. Kalau kita sedang memandu kereta di lebuh raya, tiba-tiba kereta-kereta daripada arah bertentangan mengelip-ngelipkan lampunya kepada kita. Apakah tandanya itu? Tanda yang sememangnya difahami pemandu umum, menandakan bahawa ada polis di hadapan akan membuatkan kita bertindak memakai tali pinggang keledar, memperlahankan halaju kereta, juga meletakkan telefon bimbit ke sisi jika kita sedang berbual tanpa handsfree. Persoalannya di sini, mengapa kita bertindak sedemikian rupa? Sebabnya kita percaya bahawa ada polis di hadapan, walaupun hakikatnya kita belum pun nampak lagi. Cukup dengan isyarat, kita sudah yakin. Keyakinan melahirkan tindakan bukan?
Keyakinan pasti melahirkan tindakan. Begitulah sewajarnya dengan keyakinan kita pada Hari Akhirat. Pasti ada tindakan walaupun belum nampak. Seperti kita percaya pada pemandu-pemandu yang mengelip-ngelipkan lampu kepada kita di lebuh raya. Padahal kita tak kenal pun siapa mereka. Entah mereka berkata benar atau hanya bergurau, kita terus percaya dan bertindak. Siapa pula yang membawa khabar tentang hari akhirat, syurga dan neraka kepada kita? Yakin atau tidak? Kalau yakin, mana tindakan kita?Wallahu’alam.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)




0 comments:
Post a Comment