“Aku nak cari pompuan yg muke lawa,prangai lain hal,”umum aku suatu ketika dahulu.
“Nape lak camtu?”tanya seorang kawan berstatus sahabat.
“Ye la,muke pompuan da xleh ubah.Kalo sblum kawin xlawa,lepas kawin pon xlawa la..lain la perangai,perangai bleh ubah,”terang aku bersungguh-sungguh. Aku yakin pendirianku ini betul,tepat dan persis.Namun,suatu hari,tengah aku termenung jauh,aku terfikir bahawa pendapat aku ini salah.
“Lepas kawin,bleh ke aku ubah pompuan tu jadi isteri solehah.Aku bukan orang yang beriman sangat,ilmu agama pun xde sangat.Aku cakap aku nak ubah bini aku lepas kawin seolah-olah aku kate hidayah tu milik aku.Aku bleh ubah sesiapa aku nak..Astaghfirullah hal azim..ya Allah,ampunkan daku..aku lupe hidayah milik MU…aku lupe nabi pun x mampu mengubah pak sedarenye..”aku bermonolog panjang.
Bila direnung kembali,secara kasarnya,memang wajah seseorang itu tidak boleh berubah.Jika mukanya penuh dengan jerawat,maka dari awal sampai akhirlah mukanya akan dipenuhi dengan jerawat.Tapi,apa yang boleh berubah,perasaan kita terhadapnya.
Mungkin pada awal perkahwinan, jerawat itu sangat2 dibenci tapi bila da ok,jerawat itulah yang digila-gila. Apa yang aku cube terangkan,apa yang dilihat itu tidak akan berubah buat selama-lamanya,kalau kayu maka kayu lah yang dilihat tapi bagaimana kita melihat,itulah yang boleh diubah.
Apa yang anda lihat dengan gambar di bawah?

Apabila dilakukan servey,rata-rata menjawab ‘tanda soal’.Namun harus anda ketahui bahawa ada yang menjawab ‘dakwat hitam’ dan ada juga yang menjawab ‘satu kertas putih yang ada kotoran’.Fikirkan,1 gambar,1 objek tapi banyak pandangan.Itulah yang aku cuba sampaikan,sememangnya wajah seseorang tidak akan berubah namun perasaan anda terhadapnya, pendapat anda terhadapnya, boleh berubah.
Persoalan seterusnya,perangai,adakah perangai seseorang itu boleh berubah?Dalam bab ni,aku menyamakan perangai itu dengan akhlak. Akhlak ditakrifkan sebagai satu kesan bibit yang lahir dari hati tanpa menggunakan kawalan akal fikiran.Pemarah,peramah,pemurah itu akhlak.Freehair, dedah aurat,langgar peraturan,itu bukan akhlak.
Akhlak adalah sesuatu yang dilakukan tanpa fikiran,terjadi secara semula jadi.
memetik kata2 seorang ulama’, “perangai manusia itu tidak boleh berubah.Apa yang berubah adalah bagaimana dia menterjemahkan akhlaknya.”Kata-kata ulama’ ini dikuatkan lagi dengan kisah Saidina Umar Al-Khattab.Umar sememangnya terkenal dengan sifat garangnya dan perlu kita tahu bahawa garang itu merupakan perangai Umar.Sifat garang padanya ini tidak berubah,dari awal dia hidup sehinggalah dia mati.
Bezanya,bagaimana dia menterjemahkan garangnya itu.Sebelum dia memeluk Islam,garangnya itu di intrepetasikan dengan menentang Islam tetapi apabila dia memeluk Islam,garangnya itu di intrepetasikan dengan menentang orang kafir.Umar sendiri mengakui perangai manusia sukar untuk diubah, “aku lebih rela memindahkan gunung daripada mengubah perangai manusia.”
Rasulullah bersabda, “Kalau ada orang kata Gunung Uhud sudah berubah, walaupun kita tidak tengok, percaya sajalah. Tetapi kalau ada orang berkata, Si Polan itu sudah berubah, jangan terus percaya. Tengok dulu.” Melalui hadis ini,dapat kita faham bahawa Rasulullah juga mengakui betapa sukarnya manusia untuk mengubah perangai mereka.
Jadi,hujah aku yang 1st,perangai takpe asal muke ok,boleh dicanggah sama sekali.Seperti yang Rasulullah katakan,untuk cari pasangan hidup,kte ade 4 ciri-cirinya.1 harta,2 keturunan,3 wajahnya dan 4 imannya,dan yang ke-4 itulah yang terbaik.Pernah ditegaskan oleh Ibrahim Adham,mencari pasangan disebabkan harta merupakan amalan orang Nasrani yang menjaga hartanya.Manakala mencari pasangan disebabkan keturunan dan wajahnya merupakan amalan orang Yahudi.Amalan orang Islam?Berdasarkan Imannya!
Lagi,cuba anda perhatikan hadis nabi tentang pemilihan pasangan hidup ini. Rasulullah menyatakan 4 ciri-ciri.Perhatikan bahawa 4 ciri-ciri ini pada hakikatnya merupakan ciri-ciri yang sangat penting sehinggakan Rasulullah menyebut perkara-perkara ini dalam hadisnya.Rasulullah xsebut pasal perjanjian ibu bapa,Rasulullah xsebut pasal ketinggian,tapi Rasulullah sebut psal harta,kturunan,wajah dan iman.Sebab apa?Sebab inilah yang paling utama dalam memilih pasangan.
So,Fikir-fikirkanlah lah..



9 comments:
salam,rupa n perangai mana lebih penting?dua2 la... :P
hahaa...za xpe..dua2 ok..ramai peminat
dua2 laa din...keh2..:)
hahaha..org pompuan mmg memilih...bersyukur ape yg ade k...hahaha
perangai lebih penting ...jika rupa sj cantik tapi prainagi sebaliknya xguna juga...
Tutorial Photoshop - Masking Fur
ejoy jugak yg fhm...hahaha..pompuan mmg ske memilih..
ejoy jugak yg fhm...hahaha..pompuan mmg ske memilih..
saddap u din!! not all..ko p curang cm ne pmpuan tak memilih...! nggeeee
syadap u zaza..spe yg curang??/?sekeh kang.hahaha.
Post a Comment