Di sebalik setiap musibah, pasti ada hikmahnya..


506458694_9f9bd89b54




Hidup ini ibarat roda. Adakalanya kita gembira, dan adakalanya kita bersedih. Bila kesedihan melanda, hati mula terasa pedih, semangat mula terpadam sedikit demi sedikit. Tiada lagi keghairahan untuk melakukan kerja. Tiada lagi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Tiada lagi senyuman yang terpancar di wajah. Semuanya tampak suram. Tiba-tiba dunia menjadi gelap. Sangat-sangat gelap untuk kita.

Jangan bersedih,

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita.

Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yang pasti, setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar CINTA Nya terhadap kita.

2 comments:

Unknown said... Reply To This Comment

hidup ini umpama roda...kadang2 kat atas, kadang2 kat bawah...kadang2 pancit...kadang2 berangin...
kn?terimas keh tuk entry anda ni...
finding happiness is like finding urself...u find hapeniss..u find urself...
hikmah n musibah tu apa???tak paham...hehehe..miss you...

nur aisya humaira said... Reply To This Comment

Assalam din..:)

Terima laa musibah tu dengan ucapan alhamdulillah...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...